Petang semalam En. Rashid mengajak aku ke satu lokasi di bandar hilir melaka. kerana katanya dia ada tugasan kerja untuk disiapkan. jadi aku bersetuju untuk join beliau, kerana pada niat aku memang untuk kesana untuk cuba-cuba snap gambar kawasan bangunan merah yang bersejarah itu. kerana sejak aku berkecimpun didalam dunia fotogarafi pro. ning belum berkesempatan lagi untuk snap gambar sekitar bangunan bersejarah itu.
Untuk pengetahuan semua En.Rashid ning merupakan Guru&sifu aku dalam bidang Videografi dan juge fotografi yang banyak membimbing aku didalam dunia yg asing bagiku sebelum ini,iaitu Video dan Fotografi ning. sebenarnya asal ditakdirkan aku untuk terjun dlm dunia Video & Fotografi disebabkan niat dan doa serta munajjatku untuk membantu dakwah Guru rohaniku sprti yg ku paparkan sebelum ini iaitu Al-fadhil Tuan Guru Hj Zulkifli Hj ismail. maka atas mujahadah itu ditakdirkan akan daku berkenalan dengan En. Rashid ini sehinggalah sekarang. kebetulan pula En.Rashid ning satu negeri dgn ku. maka timbullah keserasian itu didalam tekad yang satu untuk memperjuangkan islam di bumi yang tercinta ini, diatas wadah kemahiran dan kepakaran yang dikurniakan Ilahi.
Kesempatan untuk bersama sempat ku rakamkan beberapa gambar atas tugasan syarikat beliau, seprti yg ku paparkan diatas.
Terima kasih banyak Abg Rashid atas kesudian membimbing daku, dan sama-sama memperjuangkan cita-cita Tuan Guru Alfadhil Ustaz Zulkifli, diatas satu Cinta, yang Satu.
Foto dah makin cantik... terima kasih sudi join sekali... malulah nak mengaku sifu... kita tengah belajar...
ReplyDelete