Saturday, November 21, 2009

Kuliyah Subuh Masjid Negeri.

Setiap ilmu tanpa amal, maka terbatal. Setiap ilmu dan amal, tanpa niat maka tiada bernilai. Setiap ilmu, amal dan niat, tanpa sesuai dengan sunnah maka tertolak. Setiap ilmu, amal, niat dan sesuai dengan sunnah, tanpa wara’ ( taat kepada perintah Allah ) maka suatu kerugian, dikhuatirkan pelakunya akan kehilangan semuanya pada saat hari amalnya ditimbang
( Mahkamah Rabbuljalil, Negeri Akhirat ).






Setiap Pagi ahad selepas solat subuh, bertempat di Masjid Negeri Melaka, Masjid Al-Azim, satu kuliyah subuh yang disampaikan oleh : Al-Fadhil Ustaz Hj Shukeri Najib Hj Abdul Rahim Al-Bidhori, Kuliyah huraian dan perbahasan melalui kitab Hidayatus Salikin karangan Syeikh Abdul Shamad Al-Falambani. satu kitab yang saya rasa cukup hebat kemudian disampaikan dengan cara yang hebat dengan Al-fadhil Ustaz senantiasa membawa rujukan serta sandaran dari dalil yang soheh Al-Quran juga Hadith serta pandangan dari para alim ulamak yang muktabar. memang bestlah. Rugilah saya rasa kalu orang melaka tak turun manfaatkan ilmu. Jom-jom turun beramai-ramai, mudah-mudahan ianya menjadi satu hujah dimahkamah Rabbuljalil kelak di Yaumul Mahsyar.

Tuesday, November 3, 2009

Cinta Ulamak.

Pada Jumaat 9 Oktober 2009 bersamaan 20 Syawal 1430H yang lepas, di Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama. Melaka.
Di adakan majlis Hawl memperingati Al-Muhaddith Prof.Dr.Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani,
Penceramah Jemputan ialah anakanda Sheikh Muhammad Alawi sendiri, iaitu Sheikh Sayyid Ahmad ibn Muhammad al-maliki, beliau mengambil kelulusan dan kepakaran didalam bidang Tafsir Quran. Manakala Almarhum ayahanda beliau merupakan ulamak yang pakar dalam bidang Hadith.
Di sini saya paparkan sebahagian gambar yang sempat saya ambil pada malam majlis tersebut.
'Al-Ulamak warisatul ambia'. dan Ulamak itu merupakan pewaris para Nabi. Cinta kepada Nabi dan Ulamak itu merupakan satu tuntutan. Nabi pernah bersabda; maksudnya; " sesungguhnya seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak".