Friday, October 23, 2009

Kebesaran Allah






Kira-kira pukul 10.15 mlm (30.9.09) cikgu saya dlm bidang fotogrfr pro. di terengganu sempat merakamkan satu fenomena pelik dan luar biasa di langit pada masa dan tarikh tersebut, setelah ianya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak iparnya yang menyuruhnya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan… tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan kata cikgu saya, bila ia melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD…. nah terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan. SubhanaAllah… Maha Suci Allah.

Tuesday, October 20, 2009

Menadah Kitab

Kuliyah Kitab Bahrul Mazi ( Lautan Madu ), Jilid yg pertama. Oleh, Sheikh Idris Al-Marbawi, yang di syarahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Shukeri Najib Hj Abdul Rahim Al-Bidhori.
Tempat: Masjid 2 tingkat Bukit Katil

Masa : Setiap hari sabtu mlm Ahad, selepas Magrib.

P/S ; Semua dijemput Hadir beramai-ramai, mnfaatkan majlis Ilmu, Majlis Allah dan Rasul, Majlis yang berhimpunnya malaikat sampai ke langit.

Friday, October 16, 2009

Interview-Projek lepas Raya

tu yang posing mcm artis tu. sekali pandang ade mcm ustaz akhil, dok . hehe.. Pakai tongkat tu bukan ape, kaki sakit, bile gi klinik, dokter kate ade Gaut, gi jugok ke bandar hilir bila abg Rashid ajak, sbb taknak lepas pluang belajar. ninglah kehidupan. dulu kanak2 skarang dah dewasa, dulu bujang skrng dah berkawin, yg muda akan tua, yg sihat akan sakit. setiap yg hidup itu pasti akan menemui kematian. maka berjayalah orng yg dtng bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan hatinya sejahtera, redho mereka itu dan Allah swt pun meredhoi akan kembalinya.
''Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang terlebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu ), lagi Maha pengampun,(bagi orang-orang yang bertaubat );,"- surah Al-Mulk, ayat ke-2, surah ke-67, juz ke-29.
Sifu tengoh shut, power tuuu....





Saya dgn abg rashid pergi lagi sekali ke bandar hilir untuk, rakaman interview kedua, target utk dapat 2 @ 3 orang matsaleh, tapi hari tu nasib tidak menyebelahi kami takde sorng matsaleh pun masuk dekat bangunan galeri pertanyaan tu. 'matseleh tak de abg . abg ambik gambar saya jelah? kate saya memecah kesunyian menunggu.


Riadah di Taman Rekreasi Air Keroh



Saya snap guna kamera compak kodak digital, yg mula-mula saya pakai.

Monday, October 12, 2009

Sunday, October 11, 2009

Tanda kebesaran Ilahi





Kalimah Allah tertera pada buah epal dan juga potongan daging korban.

Saturday, October 10, 2009

indahnya alam ciptaan Tuhan.

Gambar-gambar yang saya rakamkan ketika bercuti tahun lepas, saya gunakan kamera SLR canon 350D ,yg saya pinjam dari "sifu" saya, En. Rashid, masa tu baru belajar tekan-tekan guna SLR. Thun ning baru ada sendiri punye,canon 450D atas nasihat En.Rashid. terime kasih, tunjuk ajar ku sifu.






inilah yang saya maksudkan, anda pernah kesini ? pulau perhentian besar, salah sebuah pulau tercantik didunia. diwartakan sebagai taman laut dunia yang terpelihara, diharamkan memancing dan memukat disekitarnya kerana menjaga keaslian dengan kecantikan khazanah terumbu karang serta hidupan air yang berwarna warni dengan kejernihan airnya sehinggakan dari permukaan sudah buleh dilihat hidupan didalamnya walaupun dikawasan yang dalam airnya.
saya kesini bersama isteri pada cuti raya tahun lepas, sudah lama dirancang akhirnya sampai jua kesini. itupun selepas isteri melahirkan anak yang kedua. sebb masa hanimun baru kawin dulu bajet kewangan dan masa tidak mengizinkan. perjalanan dari kampung isteri saya "banggol" ke jeti kuala besut memakan masa 45 minit. Lihat kejernihan airnya saja sudah memadai mengamit kerinduan utk kesini lagi, bagi yg belum kesini tanyalah naruri diri sendiri betapa damai dan indahnya alam ciptaan Tuhan.
2 hari 1 malam inilah pakej yg saya dan isteri ambil melalui syarikat MAMA Chalets, ada kisah lucu ketika nak check-in iaitu kami tidak dibenarkan naik ke pulau, disebabkan "abe" yg jaga tu ingat kami ning couple yg hangat bercinta. sbb hari tu kami lupa bawa kad nikah. selepas soaljwb akhirnya dapat juga kami ke pulau. Walaupun ada sdikit masalah, tapi dalam hati berkata, ' bagus juga MAMA Chalets ning" ambil berat juga masalah maksiat ning, dahlah di pulau nun jauh restorn MAMA Chalets tidak menyediakan arak, restorn lain saya perhtikn ada juga sediakan arak. berkenaan jaga berkaitan maksiat couple-maple ning, syarikat pelancungan lain kami tak tahu, sejauh mana perihatin mereka dalam soal ning.
ninglah serba sedikit cerita dari pulau yg dapat saya kongsi, sebnrnya banyak lagi, kalau nak tahu kenelah datang sendiri merasainya, cuma terakhir saya nasihatkan kalau yg bujang nak datang atas niat yang tak baik maka ingatlah Allah swt itu Maha melihat manapun kita berada. "Dan semalam dalam kuliah fikah bersama guru kami, Al-Fadhil Ustz Shukeri Najib Al-Bidory, ada di bahaskan, iaitu orang yang musafir atas alasan dan niat untuk jalan-jalan makan angin maka, tidak buleh ianya melakukan sembhyng jamak&qasar . Qaul dalam pandgn mazhab imam syafei, maka nak buat juga maka hndklah ianya mengubah niat atas tujuan untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan, maka ianya jadi ibadat, maka barulah diperbulehkan melakukan akan dia smbhyng jamak&qasar tersebut itu. waallahua'lam."

Friday, October 9, 2009

Realiti bukan fantasi


Tahun lepas akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke sini, isteri pulak pujuk ingin pergi sekali tak sampai hati ajaklah juga, tapi anak-anak tinggal di rumah atoknya sbb yang no-2 tu kecik lagi tak berani nak bawak. kemana ning...? bersambung.....

Akhirnya disini ku temui....

Apa yang anda fikirkan...? dgn gambar diatas?

Thursday, October 8, 2009

Satu penantian.

satu impian yang di impikan begitu lama, selama itulah akhirnya Allah swt. memakbulkan . keindahan yang sukar di terjemahkan dengan kata-kata, melainkan anda kene rasainya sendiri dengan pacaindra yang lima.

Sunday, October 4, 2009

Tapak Warisan


Sekitar Bangunan Merah, bangunan bersejarah , Tapak Warisan Dunia. Negeri Melaka. jam 430 petang.

Tunjuk ajarku sifu..




Petang semalam En. Rashid mengajak aku ke satu lokasi di bandar hilir melaka. kerana katanya dia ada tugasan kerja untuk disiapkan. jadi aku bersetuju untuk join beliau, kerana pada niat aku memang untuk kesana untuk cuba-cuba snap gambar kawasan bangunan merah yang bersejarah itu. kerana sejak aku berkecimpun didalam dunia fotogarafi pro. ning belum berkesempatan lagi untuk snap gambar sekitar bangunan bersejarah itu.

Untuk pengetahuan semua En.Rashid ning merupakan Guru&sifu aku dalam bidang Videografi dan juge fotografi yang banyak membimbing aku didalam dunia yg asing bagiku sebelum ini,iaitu Video dan Fotografi ning. sebenarnya asal ditakdirkan aku untuk terjun dlm dunia Video & Fotografi disebabkan niat dan doa serta munajjatku untuk membantu dakwah Guru rohaniku sprti yg ku paparkan sebelum ini iaitu Al-fadhil Tuan Guru Hj Zulkifli Hj ismail. maka atas mujahadah itu ditakdirkan akan daku berkenalan dengan En. Rashid ini sehinggalah sekarang. kebetulan pula En.Rashid ning satu negeri dgn ku. maka timbullah keserasian itu didalam tekad yang satu untuk memperjuangkan islam di bumi yang tercinta ini, diatas wadah kemahiran dan kepakaran yang dikurniakan Ilahi.

Kesempatan untuk bersama sempat ku rakamkan beberapa gambar atas tugasan syarikat beliau, seprti yg ku paparkan diatas.

Terima kasih banyak Abg Rashid atas kesudian membimbing daku, dan sama-sama memperjuangkan cita-cita Tuan Guru Alfadhil Ustaz Zulkifli, diatas satu Cinta, yang Satu.

Diantara Murabbiku

Al-Fadhil Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail, merupakan Mudir Madrasah Pondok Baitul Qurro' Wal iLmi, sungai udang Melaka. Lahir dari keluarga berketurunan Ulamak baik dari sebelah ayah beliau yang berasal dari Negeri Perlis, mahupun dari sebelah ibu beliau yang berasal dari melaka, Datuk beliau dari sebelah ibu beliau, diantara alim ulamak awal melaka yang memperjuangkan islam ditanah melaka ini dengan menubuhkan pondok pengajian islam secara tradisional bersama-sama dengan anak saudara beliau yang juga seorang alim yang terkenal di melaka ini. Nama datuk kepada Al-Fadhil ust. iaitu Sheikh Tuan Guru Mualim Kiyai Hj Abdulrahman dan juga anak saudara datuknya ini yang sangat terkenal di melaka mahupun dunia pegajian islam di nusantara iaitu Mualim Kiyai Hj Abdul Wahid. diantara auliaillah yang gigih memperjuangkan kebangkitan semula islam di tanah melayu ini.

Meninggalnya dua ulamak terbilang melaka ini, maka terbiarlah pondok tapak asal yang didirikan oleh 2 tokoh auliaillah di negeri Melaka ini, sehinggalah kembalinya Al-Fadhil Ustaz dari pengajian beliau di bumi Mesir hampir selama 10 Tahun. dengan menubuhkan kembali dan mnhidupkan semula pondok pengajian islam di sungai udang atas amanah yang diberikan oleh anak sulung Mualim Kiyai Hj Wahid iaitu Tuan Guru Hj Jalaluddin. dan Beliau namakan Pondok pengajian islam itu dengan nama Pondok Baitul Qurro, kemudiannya ditambah dengan Wal-iLmi diatas saranan dan nasihat dari Guru beliau yang berasal dari Yaman yg datang kemudiannya menziarahi pondok beliau di melaka ini.

Inilah serba sedikit ringkasan riwayat dan salasilah Murabbi ku yang banyak membimbing daku kearah jalan hidayah berjalan terus menuju kehadrat Maha Pencipta Allah Rabbuljalil. Semoga Allah swt. memberikan kesihatan dan kekuatan kepada Al-fadhil Ustaz serta keluarga, dalam menegakkan dan memperjuangkan agama Allah swt ini di negeri melaka. tanah yang bersejarah ini. insyaallah dikesempatan yang akan datang akan saya paparkan arah dan halatuju perjuangan Al-Fadhil Tuan Guru , misi dan Visi dengan tertegaknya pondok baitul Qurro wal-ilmi, akhir tahun 2003 sehinggalah sekarang ini.

akhir bicara di kesempatan ini, jazakumuallah khairan khasiran, waallah hua'lam.

Terima kasih Abuya, kan ku perjuangkan islam ini di melaka ini bersama-sama selagi hayat dikandung badan.

Friday, October 2, 2009

4 Tahun Hafal Surah Yasin

Berkata cucu Syaidina Ali Karamaallahuwajjahah, iaitu Sheikh Ali zainulabidin bin Husain, "kami diajar tentang ilmu Quran dan Kisah perjuangan Nabi dan sahabat diwaktu kami masih diusia kecil lagi setiap hari.

Merenung masa depan


Abah kate besar kekgi jadilah ustaz, adik tak paham sebab adik kecik lagi, tapi sekarang ning adik tengah hafal Quran dengan Abah dan Umi.... doakanlah adik berjaya.

Rumah tradisonal melayu


setiap kali kalau balik ke rumah mak&ayah mertua, saya tidak akan lepaskan peluang untuk pergi menatap keindahan seni bina rumah tradisonal melayu yg trletak di kampung penarik. saya di maklumkan rumah ini kepunyaan seorang kaya yg tinggal di KL tetapi membina rmh ini di kampung Penarik sebagai rumah penginapan kerana Kg Penarik ini memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi ditmbah dengan suasana pantai yg putih bersih dgn permandangan pokok kelapa melenggok di tiup angin pantai yg sepoi-sepoi bahasa. Siapa yg berkesempatan untuk dtg ke Penarik ning telipon lah saya untuk pertanyaan lanjut....

pelangi di muara kuala ibai

suasana waktu hampir senja di muara kuala ibai, kelihatan ada pelangi disitu, indahnya alam kejadian ciptaan tuhan.