( Mahkamah Rabbuljalil, Negeri Akhirat ).
Saturday, November 21, 2009
Kuliyah Subuh Masjid Negeri.
( Mahkamah Rabbuljalil, Negeri Akhirat ).
Tuesday, November 3, 2009
Cinta Ulamak.
Di adakan majlis Hawl memperingati Al-Muhaddith Prof.Dr.Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani,
Penceramah Jemputan ialah anakanda Sheikh Muhammad Alawi sendiri, iaitu Sheikh Sayyid Ahmad ibn Muhammad al-maliki, beliau mengambil kelulusan dan kepakaran didalam bidang Tafsir Quran. Manakala Almarhum ayahanda beliau merupakan ulamak yang pakar dalam bidang Hadith.
Di sini saya paparkan sebahagian gambar yang sempat saya ambil pada malam majlis tersebut.
'Al-Ulamak warisatul ambia'. dan Ulamak itu merupakan pewaris para Nabi. Cinta kepada Nabi dan Ulamak itu merupakan satu tuntutan. Nabi pernah bersabda; maksudnya; " sesungguhnya seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak".
Friday, October 23, 2009
Kebesaran Allah



Kira-kira pukul 10.15 mlm (30.9.09) cikgu saya dlm bidang fotogrfr pro. di terengganu sempat merakamkan satu fenomena pelik dan luar biasa di langit pada masa dan tarikh tersebut, setelah ianya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak iparnya yang menyuruhnya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan… tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan kata cikgu saya, bila ia melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD…. nah terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan. SubhanaAllah… Maha Suci Allah.
Tuesday, October 20, 2009
Menadah Kitab
Tempat: Masjid 2 tingkat Bukit Katil
Masa : Setiap hari sabtu mlm Ahad, selepas Magrib.
P/S ; Semua dijemput Hadir beramai-ramai, mnfaatkan majlis Ilmu, Majlis Allah dan Rasul, Majlis yang berhimpunnya malaikat sampai ke langit.
Friday, October 16, 2009
Interview-Projek lepas Raya
''Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang terlebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu ), lagi Maha pengampun,(bagi orang-orang yang bertaubat );,"- surah Al-Mulk, ayat ke-2, surah ke-67, juz ke-29.
Saya dgn abg rashid pergi lagi sekali ke bandar hilir untuk, rakaman interview kedua, target utk dapat 2 @ 3 orang matsaleh, tapi hari tu nasib tidak menyebelahi kami takde sorng matsaleh pun masuk dekat bangunan galeri pertanyaan tu. 'matseleh tak de abg . abg ambik gambar saya jelah? kate saya memecah kesunyian menunggu.
Monday, October 12, 2009
Sunday, October 11, 2009
Saturday, October 10, 2009
indahnya alam ciptaan Tuhan.
inilah yang saya maksudkan, anda pernah kesini ? pulau perhentian besar, salah sebuah pulau tercantik didunia. diwartakan sebagai taman laut dunia yang terpelihara, diharamkan memancing dan memukat disekitarnya kerana menjaga keaslian dengan kecantikan khazanah terumbu karang serta hidupan air yang berwarna warni dengan kejernihan airnya sehinggakan dari permukaan sudah buleh dilihat hidupan didalamnya walaupun dikawasan yang dalam airnya.
2 hari 1 malam inilah pakej yg saya dan isteri ambil melalui syarikat MAMA Chalets, ada kisah lucu ketika nak check-in iaitu kami tidak dibenarkan naik ke pulau, disebabkan "abe" yg jaga tu ingat kami ning couple yg hangat bercinta. sbb hari tu kami lupa bawa kad nikah. selepas soaljwb akhirnya dapat juga kami ke pulau. Walaupun ada sdikit masalah, tapi dalam hati berkata, ' bagus juga MAMA Chalets ning" ambil berat juga masalah maksiat ning, dahlah di pulau nun jauh restorn MAMA Chalets tidak menyediakan arak, restorn lain saya perhtikn ada juga sediakan arak. berkenaan jaga berkaitan maksiat couple-maple ning, syarikat pelancungan lain kami tak tahu, sejauh mana perihatin mereka dalam soal ning.
Friday, October 9, 2009
Realiti bukan fantasi
Thursday, October 8, 2009
Satu penantian.
Sunday, October 4, 2009
Tunjuk ajarku sifu..
Diantara Murabbiku
Al-Fadhil Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail, merupakan Mudir Madrasah Pondok Baitul Qurro' Wal iLmi, sungai udang Melaka. Lahir dari keluarga berketurunan Ulamak baik dari sebelah ayah beliau yang berasal dari Negeri Perlis, mahupun dari sebelah ibu beliau yang berasal dari melaka, Datuk beliau dari sebelah ibu beliau, diantara alim ulamak awal melaka yang memperjuangkan islam ditanah melaka ini dengan menubuhkan pondok pengajian islam secara tradisional bersama-sama dengan anak saudara beliau yang juga seorang alim yang terkenal di melaka ini. Nama datuk kepada Al-Fadhil ust. iaitu Sheikh Tuan Guru Mualim Kiyai Hj Abdulrahman dan juga anak saudara datuknya ini yang sangat terkenal di melaka mahupun dunia pegajian islam di nusantara iaitu Mualim Kiyai Hj Abdul Wahid. diantara auliaillah yang gigih memperjuangkan kebangkitan semula islam di tanah melayu ini.
Meninggalnya dua ulamak terbilang melaka ini, maka terbiarlah pondok tapak asal yang didirikan oleh 2 tokoh auliaillah di negeri Melaka ini, sehinggalah kembalinya Al-Fadhil Ustaz dari pengajian beliau di bumi Mesir hampir selama 10 Tahun. dengan menubuhkan kembali dan mnhidupkan semula pondok pengajian islam di sungai udang atas amanah yang diberikan oleh anak sulung Mualim Kiyai Hj Wahid iaitu Tuan Guru Hj Jalaluddin. dan Beliau namakan Pondok pengajian islam itu dengan nama Pondok Baitul Qurro, kemudiannya ditambah dengan Wal-iLmi diatas saranan dan nasihat dari Guru beliau yang berasal dari Yaman yg datang kemudiannya menziarahi pondok beliau di melaka ini.
Inilah serba sedikit ringkasan riwayat dan salasilah Murabbi ku yang banyak membimbing daku kearah jalan hidayah berjalan terus menuju kehadrat Maha Pencipta Allah Rabbuljalil. Semoga Allah swt. memberikan kesihatan dan kekuatan kepada Al-fadhil Ustaz serta keluarga, dalam menegakkan dan memperjuangkan agama Allah swt ini di negeri melaka. tanah yang bersejarah ini. insyaallah dikesempatan yang akan datang akan saya paparkan arah dan halatuju perjuangan Al-Fadhil Tuan Guru , misi dan Visi dengan tertegaknya pondok baitul Qurro wal-ilmi, akhir tahun 2003 sehinggalah sekarang ini.
akhir bicara di kesempatan ini, jazakumuallah khairan khasiran, waallah hua'lam.
Terima kasih Abuya, kan ku perjuangkan islam ini di melaka ini bersama-sama selagi hayat dikandung badan.
Friday, October 2, 2009
4 Tahun Hafal Surah Yasin
Berkata cucu Syaidina Ali Karamaallahuwajjahah, iaitu Sheikh Ali zainulabidin bin Husain, "kami diajar tentang ilmu Quran dan Kisah perjuangan Nabi dan sahabat diwaktu kami masih diusia kecil lagi setiap hari.
Merenung masa depan
Rumah tradisonal melayu
setiap kali kalau balik ke rumah mak&ayah mertua, saya tidak akan lepaskan peluang untuk pergi menatap keindahan seni bina rumah tradisonal melayu yg trletak di kampung penarik. saya di maklumkan rumah ini kepunyaan seorang kaya yg tinggal di KL tetapi membina rmh ini di kampung Penarik sebagai rumah penginapan kerana Kg Penarik ini memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi ditmbah dengan suasana pantai yg putih bersih dgn permandangan pokok kelapa melenggok di tiup angin pantai yg sepoi-sepoi bahasa. Siapa yg berkesempatan untuk dtg ke Penarik ning telipon lah saya untuk pertanyaan lanjut....

