Saturday, October 10, 2009

indahnya alam ciptaan Tuhan.

Gambar-gambar yang saya rakamkan ketika bercuti tahun lepas, saya gunakan kamera SLR canon 350D ,yg saya pinjam dari "sifu" saya, En. Rashid, masa tu baru belajar tekan-tekan guna SLR. Thun ning baru ada sendiri punye,canon 450D atas nasihat En.Rashid. terime kasih, tunjuk ajar ku sifu.






inilah yang saya maksudkan, anda pernah kesini ? pulau perhentian besar, salah sebuah pulau tercantik didunia. diwartakan sebagai taman laut dunia yang terpelihara, diharamkan memancing dan memukat disekitarnya kerana menjaga keaslian dengan kecantikan khazanah terumbu karang serta hidupan air yang berwarna warni dengan kejernihan airnya sehinggakan dari permukaan sudah buleh dilihat hidupan didalamnya walaupun dikawasan yang dalam airnya.
saya kesini bersama isteri pada cuti raya tahun lepas, sudah lama dirancang akhirnya sampai jua kesini. itupun selepas isteri melahirkan anak yang kedua. sebb masa hanimun baru kawin dulu bajet kewangan dan masa tidak mengizinkan. perjalanan dari kampung isteri saya "banggol" ke jeti kuala besut memakan masa 45 minit. Lihat kejernihan airnya saja sudah memadai mengamit kerinduan utk kesini lagi, bagi yg belum kesini tanyalah naruri diri sendiri betapa damai dan indahnya alam ciptaan Tuhan.
2 hari 1 malam inilah pakej yg saya dan isteri ambil melalui syarikat MAMA Chalets, ada kisah lucu ketika nak check-in iaitu kami tidak dibenarkan naik ke pulau, disebabkan "abe" yg jaga tu ingat kami ning couple yg hangat bercinta. sbb hari tu kami lupa bawa kad nikah. selepas soaljwb akhirnya dapat juga kami ke pulau. Walaupun ada sdikit masalah, tapi dalam hati berkata, ' bagus juga MAMA Chalets ning" ambil berat juga masalah maksiat ning, dahlah di pulau nun jauh restorn MAMA Chalets tidak menyediakan arak, restorn lain saya perhtikn ada juga sediakan arak. berkenaan jaga berkaitan maksiat couple-maple ning, syarikat pelancungan lain kami tak tahu, sejauh mana perihatin mereka dalam soal ning.
ninglah serba sedikit cerita dari pulau yg dapat saya kongsi, sebnrnya banyak lagi, kalau nak tahu kenelah datang sendiri merasainya, cuma terakhir saya nasihatkan kalau yg bujang nak datang atas niat yang tak baik maka ingatlah Allah swt itu Maha melihat manapun kita berada. "Dan semalam dalam kuliah fikah bersama guru kami, Al-Fadhil Ustz Shukeri Najib Al-Bidory, ada di bahaskan, iaitu orang yang musafir atas alasan dan niat untuk jalan-jalan makan angin maka, tidak buleh ianya melakukan sembhyng jamak&qasar . Qaul dalam pandgn mazhab imam syafei, maka nak buat juga maka hndklah ianya mengubah niat atas tujuan untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan, maka ianya jadi ibadat, maka barulah diperbulehkan melakukan akan dia smbhyng jamak&qasar tersebut itu. waallahua'lam."

No comments:

Post a Comment