Sunday, October 4, 2009

Diantara Murabbiku

Al-Fadhil Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail, merupakan Mudir Madrasah Pondok Baitul Qurro' Wal iLmi, sungai udang Melaka. Lahir dari keluarga berketurunan Ulamak baik dari sebelah ayah beliau yang berasal dari Negeri Perlis, mahupun dari sebelah ibu beliau yang berasal dari melaka, Datuk beliau dari sebelah ibu beliau, diantara alim ulamak awal melaka yang memperjuangkan islam ditanah melaka ini dengan menubuhkan pondok pengajian islam secara tradisional bersama-sama dengan anak saudara beliau yang juga seorang alim yang terkenal di melaka ini. Nama datuk kepada Al-Fadhil ust. iaitu Sheikh Tuan Guru Mualim Kiyai Hj Abdulrahman dan juga anak saudara datuknya ini yang sangat terkenal di melaka mahupun dunia pegajian islam di nusantara iaitu Mualim Kiyai Hj Abdul Wahid. diantara auliaillah yang gigih memperjuangkan kebangkitan semula islam di tanah melayu ini.

Meninggalnya dua ulamak terbilang melaka ini, maka terbiarlah pondok tapak asal yang didirikan oleh 2 tokoh auliaillah di negeri Melaka ini, sehinggalah kembalinya Al-Fadhil Ustaz dari pengajian beliau di bumi Mesir hampir selama 10 Tahun. dengan menubuhkan kembali dan mnhidupkan semula pondok pengajian islam di sungai udang atas amanah yang diberikan oleh anak sulung Mualim Kiyai Hj Wahid iaitu Tuan Guru Hj Jalaluddin. dan Beliau namakan Pondok pengajian islam itu dengan nama Pondok Baitul Qurro, kemudiannya ditambah dengan Wal-iLmi diatas saranan dan nasihat dari Guru beliau yang berasal dari Yaman yg datang kemudiannya menziarahi pondok beliau di melaka ini.

Inilah serba sedikit ringkasan riwayat dan salasilah Murabbi ku yang banyak membimbing daku kearah jalan hidayah berjalan terus menuju kehadrat Maha Pencipta Allah Rabbuljalil. Semoga Allah swt. memberikan kesihatan dan kekuatan kepada Al-fadhil Ustaz serta keluarga, dalam menegakkan dan memperjuangkan agama Allah swt ini di negeri melaka. tanah yang bersejarah ini. insyaallah dikesempatan yang akan datang akan saya paparkan arah dan halatuju perjuangan Al-Fadhil Tuan Guru , misi dan Visi dengan tertegaknya pondok baitul Qurro wal-ilmi, akhir tahun 2003 sehinggalah sekarang ini.

akhir bicara di kesempatan ini, jazakumuallah khairan khasiran, waallah hua'lam.

Terima kasih Abuya, kan ku perjuangkan islam ini di melaka ini bersama-sama selagi hayat dikandung badan.

No comments:

Post a Comment