
Setiap ilmu tanpa amal, maka terbatal. Setiap ilmu dan amal, tanpa niat maka tiada bernilai. Setiap ilmu, amal dan niat, tanpa sesuai dengan sunnah maka tertolak. Setiap ilmu, amal, niat dan sesuai dengan sunnah, tanpa wara’ ( taat kepada perintah Allah ) maka suatu kerugian, dikhuatirkan pelakunya akan kehilangan semuanya pada saat hari amalnya ditimbang
( Mahkamah Rabbuljalil, Negeri Akhirat ).

Setiap Pagi ahad selepas solat subuh, bertempat di Masjid Negeri Melaka, Masjid Al-Azim, satu kuliyah subuh yang disampaikan oleh :
Al-Fadhil Ustaz Hj Shukeri Najib Hj Abdul Rahim Al-Bidhori, Kuliyah huraian dan perbahasan melalui
kitab Hidayatus Salikin karangan Syeikh Abdul Shamad Al-Falambani. satu kitab yang saya rasa cukup hebat kemudian disampaikan dengan cara yang hebat dengan Al-fadhil Ustaz senantiasa membawa rujukan serta sandaran dari dalil yang soheh Al-Quran juga Hadith serta pandangan dari para alim ulamak yang muktabar. memang bestlah. Rugilah saya rasa kalu orang melaka tak turun manfaatkan ilmu. Jom-jom turun beramai-ramai, mudah-mudahan ianya menjadi satu hujah dimahkamah Rabbuljalil kelak di Yaumul Mahsyar.
No comments:
Post a Comment